
TAHUN 2025
18, Jun 2025 – Pesara USIM menghadiri Sambutan 25 Tahun Penubuhan USIM 18 Jun 2025 di Dewan Tuanku Canselor

26 Jun 2025 – Perbincangan dengan En Asri Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Alumni USIM mengenai penubuhaan sebuah Kelab Pesara USIM di sebuah Restoran sekitar BBN pada akhir Jun 2025

1 Julai 2025 – Ziarah Kasih Mantan Pendaftar Pertama USIM, Hj Addenan Abd Rahman di Hospital Sultan Abd Aziz Shah, Hospital Pengajar UPM oleh En Jasmin Jaimon, Setiausaha JK Penaja Kelab Pesara USIM.

11.7.2025 – Perbincangan Aktiviti Kelab Pesara USIM di Ruai Rasa , Jln Bangi Lama Semenyih antara Encik Jasmin Jaimon, Dr Abd Hamid Abd Murad, Encik Idris Takyan. Mengambil tindakan untuk menubuhkan Jkuasa Penaja Kelab Pesara USIM dengan Jenama KELAB MUTIARA USIM. Satu Logo dan Laman Web telah diwujudkan atas nama https://mutiarausim.1komuniti.net
22.7.2025 – Sesi Kunjungan Mesra Pejabat Pendaftar USIM oleh Jkuasa Penaja Kelab Pesara USIM yang terdiri daripada Prof Dato’ Dr. Hj Mohammad Hj Alias, Pengerusi, En Jasmin Jaimon, Setiausaha dan Dr. Abd Hamid Abd Murad, Bendahari

5.8.2025 – En Jasmin Jaimon, Setiausaha JK Penaja Mutiara USIM telah mengadakan Ziarah Tengahari tadi jam 1.20th untuk melawat Datuk Pendaftar di Ward Stroke Tkt 7, HCTM, Cheras
10.12.2025 – Mesy AJK KALI PERTAMA PENAJA KELAB PESARA USIM, Di Pengerusikan oleh Timb YDP : Prof Dr. Mohd Yahya bin Ariffin di Bilik Mesy Pejabat Pendaftar Aras 2, Bangunan Canselori dan dihadiri oleh 4 AJK
- Encik Jasmin Jaimon – Setiausaha
- Dr. Abd Hamid Abd Murad – Bendahari
- Dr. Kamaruzzaman Seman – AJK
- Encik Idris Takyan AJK
23.12.2025 – Program Ziarah Muhibah – Puan Azleen binti Aziz, di Seremban N.9. Rombongan terdiri dari YDP Dato’ Dr Mohammed Hj Alias, TYDP, Prof Dr. Mohd Yahya Mohd Ariffin, Encik Jasmin Jaimon, Dr Abd Hamid Abd Murad, Encik Idris Takyan serta Pengerusi BKKUSIM, Encik Nur Ekmal Bukhari dan Pegawai USIM. Sejumlah lebih dari RM2,300 sumbangan dari Ahli Kelab Pesara telah dapat dikumpulkan dan diserahkan kepada Puan Azleen.


